Nak tempah RPP ni kena ambil masa. Kami booked last year (september 2012). Mak memang tak setuju sebab jauh dan dia dah tak larat. Peringkat awalnya pun Abang Gie juga membantah. Katanya lama sangat lagi. Kena pujuk Abang Gie sebab dia penjawat awam untuk melayakkan memohon menginap di RPP ni.
At last kami berjaya memujuk abang sulung ni. Kami tempah 3 rumah. 1 buah 3 bilik (RM60/night) dan 2 buah 2 bilik (RM50/night)
Pada 4hb. June 2013 tarikh yang ditunggupun tiba. Syukur alhamdullillah kesihatan mak amat baik pada tarikh tersebut. Jam 6.30pagi kami semua (22 orang) berkumpul di depan rumah mak.
Pada malam sebelum tu anak-anak saya dah tak boleh tidur... Kononnya tak sabar nak tunggu esok. Macam tak pernah pergi bercuti. Padahal pantang cuti sekolah pasti bercuti. Agaknya nak pergi beramai-ramai dengan semua sepupu mereka, kegembiraannya lain sikit. Apapun kita sebagai ibubapa pasti seronok tengok anak-anak happy.
Kalau ikutkan kita memang tak payah nak gi bercuti. Dah bosan rasanya. Bukan apa sebab terlalu kerap sangat berkursus di luar. Bosan rasanya dok travel.
Perjalanan pergi ni berjalan lancar. Kami ke sana ikut Sabak Bernam sebab mak suka tengok suasana kampung.
Tiba di Sg Besar kami semua berhenti untuk sarapan pagi. Tambahan pula ini adalah waktu untuk mak makan ubat. Tempat yang kami berhenti ni makan ni memang ok. Berhampiran kedai makan tapi pagi tu kedai makan tutup so kami makan apa yang kami bawa dari rumah tadi.
Tempat kami makan agak bersih cuma rumput agak panjang sikit. Yang paling saya suka tandasnya bersih. Tahniah kepada orang Sg Besar yang pandai menjaga tandas mereka. Saya ni bab tandas ni memang amat cerewit.
Selepas sarapan kami semua meneruskan perjalanan ke Bukit Malawati pulak (atas permintaan anak-anak buah).
Inile tandas yang dimaksudkan.
No comments:
Post a Comment