Sehari sebelum tu Adik dah mengadu perutnya sakit. Saya ingatkan dia ni saja nak manja-manja sebab dah lebih seminggu saya tak sihat dan dia seakan 'terbiar'. Bila ajak ke klinik biasale budak-budak bukannya suka.
Malam tu pulak kakak ipar hantar satu mangkok laksa. Saya tau biasanya Adikle orang yang akan menghabiskan laksa tu. Pada masa tu saya memang tak ada selera nak makan. Tapi malam tu dia hanya makan 2-3 sudu aje. Katanya dia tak larat nak makan sebab sakit perut.
Bagi saya Adik tak pernah menolak laksa ni. Timbul pulak risau kat hati saya. Saya pujuk dia ke klinik malam tu, tapi dia tetap tak mau. Adik suruh saya picit-picit perutnya tapi bila saya cuba picit dia kata sakit. Malam tu tiba-tiba dia demam, saya bagi dia ubat tapi dia tak mau. Kami cuba lap badannya dengan ice bagi membantu mengurangkan suhu panas dalam badannya disamping letak cool fever kat dahi. Malam tu Adik tidur agak lena.
Esok pagi suruh husband pujuk Adik bawa jumpa doktor. Bila husband bawa jumpa doktor, doktor klinik tu refer lak ke Hospital Batu Gajah kerana dia syak Adik kena appendix. Husband telefon maklumkan hal ini. Hati saya dah mula risau. Macam-macam yang difikirkan.
Saya tunggu Adik di A&E Hospital Batu Gajah. Nasib Adik agak baik sebab orang tak ramai kat A&E tu pada waktu tu. Selepas diperiksa, MA ambil darah dan buat ujian air kencing. Kerana nak cepat tahu keputusan darah dan air kencing saya terus ke makmal dan dengan bantuan kawan-kawan di situ keputusannya cepatle sikit dapatnya.
Saya pergi balik ke A&E di mana Adik masih dirawat di situ. Bila diperiksa sekali lagi, doktor kata Adik kena hantar ke Hospital Ipoh pula. Aaaaaa lagile kecut perut. Adik nampak rilex aje tapi ibunya dah berpeluh. Balik ofis, kunci bilik dan siapkan GL untuk ke Ipoh. Sampai kat A&E ambulan dah menunggu.
Sampai kat HRPB, adik dimasukkan ke A&E HRPB sebelum dimasukkan ke wad 5D. Pukul 1.00 petang kami dah berada di wad 5D. Doktor masuk sejenis cecair ke dalam badan Adik. Menurut kata doktor kalau boleh beliau tak mahu Adik di bedah. Kalau selepas cecair ni dimasukkan dan sakit perut Adik masih sakit baru dia orang akan bedah. Selepas 2 kali cecair tu di masukkan dan sakit perut Adik masih ada, doktor memberhentikan ubat cecair ini dan menyuruh Adik makan pulak.
Menurut kata doktor kalau selepas makan dan sakit perut Adik tidak kurang pembedahan untuk membuangkan appendix akan dilakukan malam itu juga. Selepas makan dan minum Adik tidur. Malam tu datang beberapa orang doktor dan memeriksa Adik. Saya tidak dibenarkan melihat mereka memeriksa Adik.
Doktor maklumkan kepada saya bahawa sakit perut Adik semakin berkurangan. Sakit Adik mungkin disebabkan Adik seorang anak yang amat aktif dan berkemungkinan semasa bermain telah menyebabkan appendixnya sedikit 'berubah'. Mungkin kerana 'perubahan' itu dia terasa sakit dan menyebabkan Adik demam malam semalam. Appendix Adik tidak ada masalah... dan Adik boleh balik esok tetapi ujian air kencing mesti dilakukan tengahari esok. Jika di dapati ok Adik boleh balik. Leganya rasa hati. Tak larat rasanya nak duduk kat hospital. Kasihan tengok kanak-kanak yang masuk wad tu.
Esok tengahari Adik buat ujian air kencing dan petang tu dibenarkan keluar. Terima kasih kepada semua petugas yang bertugas di Wad 5D HRPB (doktor, jururawat dan PPK serta student kat situ) Anda semua adalah petugas yang baik dan berdedikasi.
No comments:
Post a Comment