Kebetulan hari tu cuaca tak berapa baik. Dari petang semalam hujan turun dan pagi Sabtu tu hujan gerimis turun. Tapi disebabkan dah janji dengan tuan durian dan duitpun dah bayar nak tak nak kena gi juga.
Kebetulan ada kawan dari Malim Nawar nak joint sama so saya letak kereta kat pekan Malim Nawar dan pergi Kg Sahom tumpang kereta Ida aje.
Kami tiba kat sana (Sahom Farm Resort) dalam pukul 9.00 pagi. Masih lagi hujan tapi gerimis aje. Tempatnya memang menarik. Tengok ajele gambar-gambar di bawah ni ya.
Sebab hujan lebat pada malam sebelumnya kami cuma pergi makan durian kat dalam ladang kelapa sawit (dalam ladang ni ada di tanam pokok durian). Pokok duriannya tak adale banyak sangat tapi cukuple kalau nak merasa macamana rasanya mengutip buah durian dan mengait buah rambutan.
Saya ni tau makan aje. Nak kait rambutanpun tak reti apa lagi nak buka buah durian. Hahahaha staf yang ada ni le yang jadi mangsa. Dia orang pulak pantang dapat durian yang isinya cantik dan sedap semua pelawa saya makan. Bagus gak kalau tak reti buka durian. Ramai yang offer. Beruntung jadi saya pagi tu. Saya pulak bukannya penggemar durian. Biasanya 2 atau 3 ulas dah cukup tapi hari tu saya makan lebih....
ruang santai yang disediakan.
kawasan rehat yang cantik dan bersih
Ada tempat menternak lembu
koleksi barang-barang lama
Taman...
Buah durian
Ramai yang pandai 'buka' buah durian.
Kat depan tandas awam. Macam kat RnR aje
Kreatif tak tuan punya ni...
Selepas kenyang makan buah-buahan kat sinile kami bersantai
No comments:
Post a Comment