Hari ini kat luar hujan. Dari pagi tadi hujannya. Tadi kakak sepupu telefon kata nak datang rumah esok.
Katanya dalam pukul 11.00 pagi dia akan
tiba. Kalau nak sampai rumah pukul 11.00
pagi saya rasa saya kena siapkan makan tengahari. Aaaaaaaa apa le yang nak dijamu ni. Sekarang ni pagi petang asyik nak hujan aje Apa agaknya
nak di masak untuk dijamu kepada tetamu.
Dalam peti ais yang ada daging, ayam, ikan sardine, kangkong, timun dan
nenas. Daging yang ada tupun daging
korban yang saya terima jumaat lepas. Dah lebih seminggu daging tu terperap dalam
freezer.
Tiba-tiba teringat daging masak hitam. Dah lama tak masak daging ni. Daging masak hitam versi sayale, tapi yang
penting anak-anak saya suka makan. Anak2
saya kata daging masak hitam ibu. Haaaaa
buat daging masak hitam. Petang tu juga keluarkan daging dari freezer. Lepas thawing, potong kecil dan perap dengan bahan rempah. Campurkan dengan kicap dan sedikit gula. Simpan dalam bekas bertutup dan letakkan dalam petiais.
Pagi esoknya kisar cili kering, bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas. Panaskan kuali dan letak sedikit minyak. Bila panas tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang dan sedikit pelaga. Pas tu masukkan serai (ketuk sikit). Bila dah wangi masukkan bahan yang diblender tadi. Biar sehingga wangi baru masukkan daging yang diperap tadi.
Gaul rata dan kemudian masukkan air panas. Biarkan dia masak dalam api sederhana selama 2-3 jam (saya masak lama sebab daging ni agak liat sikit) Kalau daging tu daging yang lembut jangkamasa memasaknya sekejap aje. Bila dah agak lembut masukkan asam keping, kerisik dan kicap pekat. Perisakan dan bolehle di angkat.... senang ajekan.
Bahan-bahan untuk membuat daging masak hitam yang simple ini ialah
1 kilo daging (potong nipis)
3 sudu besar ketumbar*
1 sudu tea jintan manis*
1 sudu tea jintan putih*
(* goreng tanpa minyak dan kisar halus kemudian gaulkan
dengan daging bersama kicap dan sedikit gula)
10 biji bawang merah**
5 ulas bawang putih**
2 cm halia**
2 cm lengkuas**
Cili kering (ikut suka- kepedasan)**
(**diblender)
minyak - tumis
gula
kicap pekat
asam keping (1 keping jika besar)
kulit kayu manis, bunga lawang dan pelaga
3 batang serai - ktuk
Selamat mencuba......
No comments:
Post a Comment