Tiba kat GM tu biasale kalau dah bawa mak-mak dan anak-anak remaja tempat shoppingle katakan. Kalau tak shopping window shoppingpun jadile. Pada saya GM ni nak kata murah takle. Kira okle... takle murah sangat seperti yang diperkatakan oleh sesetengah orang. Saya tak beli barang kecuali beberapa item yang saya rasa agak murah jika dibandingkan kat Perak.
Tiba kat RPP ni anak buah saya bukannya nak masuk rumah tapi terus ke pantai. Bukan nak mandi tapi nak main layang-layang. Layang-layang ni memang di bawa khas dari Perak. Perak mari... Bukan main seronok lagi anak saya Adik dan sepupunya Izzul tengok layang-layang mudah sangat naiknya. Habis kat tepi pantai anginkan banyak. Tak payah naik rumah untuk mandipun tak apa yang penting dapat main. Budak-budakle katakan bukan tau erti penat.
Selepas masuk ke rumah masing-masing dan berehat sebentar, saya dan suami serta adik saya dan isterinya keluar ke Banting untuk mencari bahan makanan untuk di masak. Malam tu kami bercadang dan berehat dan masak untuk makan malam di rumah aje. Esok malam barule nak ber BBQ. Semuanya kami nak beli kat Banting.
Di Banting kami singgah kat The Store.. (itu aje yang kami nampak). Kami beli beras, gula, air minuman, sayur, ayam dll. Sampai kat tempat penginapan yang perempuan sibuk memasak apa yang ada.
Biasale rumah di mana 'mak' diletakkan disitule semua anak-anaka berkumpul. Mak stay dengan saya so rumah saya yang riuh rendah macam nak buat kenduri. Orang yang menyewa dibelah hanya memandang aje. Rumah sebelah tu ramai gak orangnya tapi takle riuh sangat macam rumah kami. Rumah kami ni masih ada lagi kanak-kanak riang.
Malam tu kami semua luangkan masa bersama-sama, sambil makan sambil bersembang. Memang seronok susah kita nak dapat masa bersantai bersama kesemua anak cucu Abdul Rani. Walaupun abah dah hampir 30 tahun meninggalkan kami tapi kami adik-beradik berjaya menyatukan kesemua cucu-cucunya at least setahun sekali. Kalau abah masih ada pasti lain kemeriahanya.
Insyaallah cucu-cucu abah macam dah tahu setiap tahun mesti di tetapkan masa untuk semua anak cucu abah berjumpa. Tahun 2013 ni kami merancang buat 2 kali dan kali ke dua akan di buat di Kedah pula.
Mercu tanda RPP Morib (tak jauh dari Pantai Morib) |
Tempat pertama anak-anak ni pergi selepas check in.
Pulau Pangkor (rumah 3 bilik yang luas)
Taman kanak-kanak disebelah rumah Pulau Pangkor
Ruang santai yang luas
Dapur kering yang luas
No comments:
Post a Comment