Assalammualaikum

Semoga anda sentiasa sihat dan ceria hari ini

Tuesday, 19 August 2014

Khasiat Nanas


Nanas antara buah kegemaran saya, sedap lagi berkhasiat.. Jadi hari ni, saya nak kongsi khasiat nanas pula dengan semua..  


Asal Usul Nanas 
Nanas ataupun nama saintifiknya Ananas Comosus adalah sejenis tanaman tropika yang dipercayai berasal dari Bahagian Timur Amerika Selatan. 

Tanaman ini telah bermula di Malaysia sebagai tanaman kontan dan berkembang menjadi tanaman secara perladangan terutamanya dikawasan gambut negeri Johor. Nanas boleh didapati disepanjang tahun kerana ia bukanlah tanaman bermusim. 

Negara penanam terbesar nanas di dunia adalah Thailand, Brazil dan Filipina. Pengeksport utama nanas segar dunia adalah Costa Rica, Ivory Coast dan Filipina, sementara eksport nanas kaleng di dominasi oleh Thailand, Filipina dan Indonesia. 

Bagi pasaran jus nanas dunia, Filipina dan Thailand adalah merupakan negara pengeksport terbesar. Malaysia dari segi pengeluaran berada di kedudukan 9 dunia dikalangan negara-negara penanam nanas dunia, sementara dari segi eksportnya pula berada di kedudukan 10 diantara negara-negara pengeksport nanas segar dan kaleng. 

Bagi eksport dalam bentuk jus, negara Malaysia berada di kedudukan 24 dunia, 

Nanas boleh dikelaskan kepada 3 famili iaitu:- 


  • Smooth Cayenne
  • Spanish
  • Queen


Di Malaysia, terdapat 3 jenis nanas yang banyak ditanam iaitu Mauritius, Sarawak dan Gandol. Disamping itu juga terdapat 3 jenis lagi yang dihasilkan melalui kacukan iaitu nanas hibrid Maspine, N 36 dan Josapine. 

Jenis nanas Sarawak, Mauritius dan Josapine adalah kebiasaannya ditanam bagi kegunaan untuk dimakan segar sementara jenis Gandol dikaleng dan dijuskan. 

Nanas hibrid N36 dan Maspine pula pada amnya dihasilkan bagi tujuan memenuhi kedua-dua kegunaan tersebut.

Khasiat Nanas
Nanas mengandungi khasiat vitamin A, B1 dan bromelain (digunakan untuk melembutkan daging). Buah ini juga mempunyai kandungan C yang tinggi. Ia juga mengadungi asid sitrik yang berkesan untuk menghilangkan lemak dan menguruskan badan.

Perubatan
Buah nanas dimakan atau dibuat jus minuman untuk mencuci tubuh, melawaskan buang air kecil, merangsang penghadaman, sakit kerongkong, masalah hati dan demam kuning. Air nanas muda sesuai digunakan untuk rawatan pelbagai penyakit paru-paru dan membunuh cacing dalam perut. Nanas bagaimanapun tidak sesuai untuk ibu yang mengandung.

Nanas dipercayai mampu boleh merawat barah dan mengukuhkan sistem imuniti badan pesakit bagi melawan sel barah.

Kegunaan lain
Buah dan pokok nanas boleh dijadikan sumber komersial asid organik seperti asid askorbik, asid malik dan asid sitrik. Batang dan buahnya pula boleh digunakan untuk melembutkan daging. 

Serabut nanas pula yang diperoleh dari daun nanas boleh dibuat kain yang berkualiti selalunya boleh didapati di Filipina dan Taipei.

Jus nanas ini bukan sahaja merupakan minuman yang lazat tetapi juga dapat atasi masalah kekeringan di bahagian bibir dan di bahagian muka. Amalan minum jus nanas, juga berkesan untuk atasi masalah kencing tidak lawas. 

Enzim yang terdapat pada buah nanas dikatakan boleh meredakan bengkak-bengkak, kuatkan daya tahan badan serta hapuskan fibrin yang boleh bawa sakit jantung dan strok

Selain itu buah ini juga melancarkan perjalanan haid serta berkesan dalam mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan tubuh badan.
Petikan dari satu blog yang dah lupa namanya.  Apapun terima kasih atas fakta ni...  Terberkenan pula untuk share dengan kawan-kawan yang lain. 

No comments:

Post a Comment