Assalammualaikum

Semoga anda sentiasa sihat dan ceria hari ini

Sunday, 7 October 2012

Percutian Keluarga (Pulau Pangkor) December 2010

                Bila sebut pasal percutian keluarga memang seronok kalau semuanya seia sekata.  Kalau tak memang payah.  Macam kami ni biasale kalau ada yang cadang tarikh ni yang satu keluarga lagi nak tarikh lain.  Tapi untuk tahun 2010 kami bersetuju bercuti ke Pulau Pangkor selama 3 hari 2 malam. Nak pergi jauh sikit mak tak berapa setuju. Tak larat katanya.... Bagi kami yang penting mak pergi sama.  Kalau mak tak nak pergi buat aje 'hari keluarga' kat rumah mak.

                Setelah lebih sebulan merancang tibale hari yang dirancang iaitu 19hb. December 2010.  Kami menginap di Seri Bayu Beach Resort Pulau Pangkor.  Seminggu sebelum pergi bos saya pulak mengarahkan saya menggantikan tempat beliau ke Program Kem Kesihatan.  Alamak kenapa lak saya yang kena gantikan beliau tapi dek kerana tugas pegi ajele walaupun hati agak'bengang'.  Biasale kalau kita keje dengan hospital sedang bercutipun boleh di panggil bertugas.  Tapi bos saya baik orangnya.  Saya boleh balik awal.  Kira okle...

               Adik beradik saya yang lain semuanya bertolak jam 9.00 pagi cuma saya dan suami saya serta ibu saya saja yang bertolak jam 12 tengahari.  Mereka yang lain tunggu kami di jeti Lumut. Tiket feri pergi balik RM10 untuk dewasa.

Kak Ira dan Kak Long semasa di dalam feri ke Pangkor









Mak dan Mak Yang berkemas semasa sampai kat bilik hotel.











Anak-anak saya dan anak buah berbuai di Teluk Nipah










                                                       Adik termenung Izzul pula buat apa ya......










Rakan seangkatan (umur sebaya tapi saiz berbeza)













                                                                     Abang Gi, Kak Long dan mak memerhatikan kami...

 




























































No comments:

Post a Comment