Assalammualaikum

Semoga anda sentiasa sihat dan ceria hari ini

Sunday, 7 October 2012

Berjalan-jalan Ke Kompleks Sejarah Pasir Salak


                   Walaupun jarak dari rumah ke Kompleks ini tak sampai 3okm tapi biasale...... Pada 6hb. October 2012 saya saja-saja bawa anak-anak berjalan ke Kampung Gajah.  Exam mereka dah dekat saja nak relaxkan minda katakan.

                    Kami sampai sana dalam jam 10.30 pagi.   Sampai sana beli tiket. Tak mahal jika dibandingkan dengan ilmu yang kita perolehi di dalam sana.   Dewasa RM4 dan Kanak-kanak RM2.


Inile rupa tiket masuk...

                 Kompleks Sejarah Pasir Salak (KSPS) telah dibuka oleh DYTM Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah pada 26hb. Mei 1990. Manakala pembukaannya dirasmikan sepenuhnya pada 5hb. Julai 2004 oleh DYMM Sultan Azlan Shah. KSPS mengandungi beberapa tempat menarik yang mempunyai kaitan langsung dengan pristiwa pembunuhan Residen British yang pertama J.W.W Birch.  Terdapat juga Menara Pandang, Rumah Kutai, Pentas Belotah dan Meriam Lela Rentaka.   KSPS ditadbir oleh Kerajaan Negeri Perak.
              
            Terowong Sejarah Pasir Salak mempamerkan perjalanan sejarah serta perjuangan nasionalisma di negara ini.  Bermula dari penempatan awal di Kuala Selingsing, Perak yang wujud 200 tahun sebelum masihi hingga 1000 masihi.  Ianya diikuti dengan sejarah Kesultanan Melaka dan Perak, juga perjuangan menentang penjajahan dan menuntut kmerdekaan.

            Galeri Keris mempunyai koleksi Keris Melayu Nusantara.  Ia memperlihatkan keindahan dan keunikan keris dari segi senireka, motif-motif, sejarah dan pengelasannya di Alam Melayu Nusantara.

           Galeri Sejarah Menteri Besar merakamkan perjuangan dan kepimpinan politik Melayu terutama Menteri Besar Perak, ianya mengandungi gambar, dokumen dan artifak bersejarah.
Petikan dari bahagian belakang keratan tiket




Kat depan pintu masuk Terowong Sejarah.










































        Bagi saya elok bawa anak-anak ke sini terutama masa cuti sekolah.  Banyak ilmu yang kita perolehi di sini. 














No comments:

Post a Comment