Detox atau detoksifikasi adalah merupakan suatu proses pembersihan tubuh daripada segala macam kotoran dan racun-racun yang secara tidak sengaja atau tanpa kita sedar telah masuk di dalam badan kita dalam jangka masa yang lama.
Detox merupakan proses penyingkiran bahan toksik, racun, lemak atau bahan buangan dari tubuh badan manusia. Badan manusia mempunyai sistem detox sendiri iaitu hati, usus dan ginjal. Apabila kita berpuasa, badan akan melakukan proses detox semulajadi. Detox dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih serta segar. Selain itu ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar.
Ramai antara kita yang inginkan tubuh badan yang sihat di samping mempunyai bentuk tubuh yang menarik. Jalan pintas adalah dengan memakan bahan-bahan atau pil yang di katakan mampu mendetox, membuang lemak dan menguruskan tubuh badan tanpa kita fikirkan kesan sampingan yang bakal kita hadapi kemudian hari. Bagi mereka yang berkemampuan pula mengambil pendekatan mudah dengan mengunjungi pusat perampingan badan. Sedar-tak sedar kita telah mengeluarkan belanja yang besar semata-mata ingin mendapatkan bentuk tubuh yang kita inginkan.
Tahukah anda, bahawa anda sendiri boleh melakukan proses mendetox atau menyingkirkan bahan toksik, lemak atau bahan buangan dari tubuh anda. Apa yang penting sentiasa mendispilinkan diri, jaga pemakanan yang seimbang dan sihat serta kerap melakukan aktiviti membuang toksik atau lebih mudah lagi melakukan senaman ringan.
Menjaga pemakanan adalah proses detox yang paling baik, antara sayur-sayuran yang paling penting untuk proses detox adalah celery, kobis ungu, brokoli, salad, tomato dan lobak. Manakala buah-buahan pula adalah buah-buah citrus seperti epal hijau, nenas, lemon, oren, dan pear.
Hari ni kita belajar bagaimana untuk menyediakan minuman yang dapat melakukan proses detox pada tubuh kita. Cara membuatnya cukup mudah dan ringkas di samping kita juga dapat berjimat kerana bahannya tidaklah terlalu mahal di samping ianya adalah dari bahan asli tanpa pengawet.
Antara fungsi terbaik jika kita amalkan minum minuman detox ni ialah ianya dapat :
- mencuci dalaman perut dan usus
- menurunkan berat badan
- mengempiskan perut
- melegakan sakit tekak
- mencantikkan kulit kerana kandungan vitamin C yang tinggi
- membuang toksin dalam badan
- mengurangkan masalah selsema
Cara kaedah penyediaan air detox yang mudah di sediakan ini.
AIR DETOX
Anda boleh gunakan apa-apa sahaja buah-buahan citrus, seperti limau nipis, lemon, oren, limau kasturi, nenas, epal hijau, tembikai, pear, timun, strawberry, atau lain-lain buah-buahan yang membantu proses detox.
Buah-buahan ini anda pilih lah beberapa biji yang anda suka. Kalau boleh berlainan warna kerana fungsi warna juga membantu dalam proses detox
Anda juga boleh tambahkan daun pudina untuk rasa yang lebih segar
Potong atau hiris buah-buahan ini nipis-nipis.
Kemudian masukkan ke dalam botol atau balang yang boleh di tutup nanti
Kemudian tambahkan air sejuk atau air dari peti ais sebanyak 1 liter.
Jika suka anda boleh tambahkan ketulan ais, tapi anda harus ingat ketulan ais tidak baik untuk kesihatan.
Bila semuanya dah sempurna, tutup bekas dan simpan dalam peti ais semalaman atau paling kurang 8 jam sebelum boleh di minum.
Sebaiknya anda minum pada awal pagi sebelum menjamah makanan. Bagi anda yang bekerja ita cadangkan anda lakukan pada hujung minggu kerana tau-tau aje lah kan.. namapun detox sudah semestinya anda akan kerap ke tandas. Jadi pastikan iannya tidak menganggu rutin harian anda sehari-hari. Selamat mencuba!
Resipi air detox infused water
Air Detox untuk pembakaran lemak, pencernaan dan sakit kepala
Ramai yang tahu teh hijau bagus untuk mengurangkan berat badan. Untuk membuat air detox atau infused water ni bila dicampurkan teh hijau, daun pudina dan limau nipis insyaAllah membantu untuk pembakaran lemak dalam badan, mudah untuk sistem pencernaan kita dan mengurangkan sakit kepala.
Air Detox untuk sokongan gula dalam darah dan penghadaman
Infused water ni juga bagus untuk mereka yang kekurangan dalam darah.Tubuh kita memerlukan glukosa untuk mendapatkan tenaga yang akan digunakan oleh tubuh agar dapat berfungsi dengan baik.
Campuran timun, strawberi dan kiwi berfungsi untuk menyokong gula dalam darah dan membantu sistem penghadaman dengan baik.
Air Detox untuk penghidratan, pencernaan & kawalan selera makan
Hasil campuran timun, lemon dan limau nipis membantu untuk menjadikan kulit lebih lembut, membantu masalah pencernaan dan sekaligus dapat mengawal selera makan kita. Dalam kita nak diet tu kita dapat sekali 3 pakej ni mesti suka kan.
Kalau orang yang baru lagi nak diet tu, nak kawal selera makan sangat la susah kan.. Dengan infused water ni insyaAllah dapat membantu proses diet kita lebih cepat bertindak.
Air Detox untuk pertahanan imun, pencernaan & pedih ulu hati
Sistem pertahanan pada tubuh manusia sangat berguna untuk menjaga kita agar dapat melakukan aktiviti seperti biasa. Dengan sistem imun kita dapat terhindar dari berbagai macam penyakit yang berada di sekitar kita.
Infused water dari limau nipis, limau dan lemon dapat meningkat pertahanan sistem imun sekaligus memudahkan perncernaan dan membantu apabila pedih ulu hati.
Air Detox untuk kempiskan perut
Haa resipi kali ni sangat membantu sesiapa yang perut boroi dan buncit. Infused water dari bahan-bahan seperti timun, daun pudina, lemon dan halia sangat bagus untuk mendapat perut yang menawan.
Petikan dari
azlitamasammanis
No comments:
Post a Comment