Assalammualaikum

Semoga anda sentiasa sihat dan ceria hari ini

Thursday, 2 January 2014

PUSAT SAINS NEGARA ALOR STAR KEDAH



                 Selepas melawat Muzium Padi dan makan tengahari kami semua beredar menuju ke Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara.  Terletak tidak jauh dari Muzium Padi.  
                 Di bina dalam kawasan sawah padi. Tempat yang aman dan agak sunyi.  Masa kami sampai (20.12.2013) orang tak ramai macam kat Pusat Sains Negara KL.  Agak hari keje kot... Masuk masa ni adalah percuma... 
                  Gambar kat dalam tak ada sangat sebab bateri camera dah nak habis... So gambar ini ajele yang ada... Tempat ni bagi anak-anak yang bersekolah memang sukale.  Kalau boleh sehari suntukpun tak apa...

Tingkat bawah bangunan

















MUZIUM PADI ALOR STAR KEDAH

                        Sehari sebelum nak ke Muzium Padi Alor Star (20.12.2013), Haris dah maklumkan pada kami, esok kalau boleh keluar awal sikit sebab takut tak puas nak meronda Alor Star.  Biasale kami ni suka keluar selepas waktu Zohor. Relax sikit rasanya.  Tapi bila Haris dah cakap macam tu kenale keluar awal sikit.  Dalam hati dok kata apale yang ada sangat kat Muzium Padi ni.  Lewatpun tak apa...

                     Konon nak keluar awal tak kesampaian juga.  Biasale kalau dah ada nak remaja.  Nak bersiappun ambil masa gak...  Tapi Haris dan isterinya memang baik... Tunggu gak kami yang selalu aje lewat ni.  Haris ni adalah merupakan bekas guru anak buah saya.  Orang Kedah yang mengajar kat Perak.  Masa kami kat Kedah beliau dan isteri macam jadi pemandu pelancong kami lak. Terima kasih Cikgu Haris...

                     Kami ke Kedah nipun stay kat homestay dia... kat Taman Restu Fasa 4.... Bestnya tempatnya... nanti saya cetekan tempat ni..

                     Pukul 11 lebih baru kami keluar dari homestay... Kami ke sana ikut Sg Baru kalau tak silap.  Takle jauh sangat dari homestay kami tu.  Melalui sawah padi yang luas dan deretan kampung-kanpung yang cantik.

Tempat rehat di luar Muzium Padi












Tangga  untuk ke Muzium Padi





Bergambar bersama Cikgu Haris, isteri dan ibu Cikgu Haris




Cikgu Haris dan isteri (terima kasih ya)














Kat sini platformnya berputar... So kita cuma duduk aje dan akan menyaksikan  
satu panorama sawah padi dari menanam hingga
ke menuai... Cantik pemandangannya..


















                          Pada pandangan saya Muzium Padi Alor Star adalah satu tempat yang wajib dilawati terutama untuk anak-anak zaman sekarang yang hanya tau makan nasi tapi tak pernah tau macamana beras dihasilkan.  kami memang 'terleka' berada disini... Betulle kata Cikgu Haris tak cukup masa.  Sebab nak mengejar masa nak makan tengahari, solat dan ke tempat lain kami terpaksa juga keluar cepat.  Anak-anak kata kami belum habis menjelajar keseluruhan muzium dah nak balik.
                      Tak apale lain kali kami pasti datang lagi... tempat menarik terutama di tingkat atas.  Tak datng tak tau.... jumpa lagi...